Hari Keusahawanan telah diadakan pada 18 April 2015 dengan bermatlamatkan mendidik warga SMK Desa Petaling tentang kemahiran dalam pengurusan perniagaan.

En. Fadlullah sibuk menyediakan spaghetti sambil dibantu oleh pelajar.
Di samping mengumpul dana pembangunan sekolah, program ini juga dilihat mampu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara warga SMK Desa Petaling.
Pelbagai gerai dibuka dan diuruskan sendiri oleh guru-guru dengan bantuan daripada pelajar. Gerai-gerai dibahagikan kepada gerai makanan berat, gerai makanan ringan, gerai minuman dan gerai permainan.

Tuan Pengetua menguji kemahiran menembak di gerai permainan.
Cabutan bertuah juga diadakan untuk memeriahkan lagi hari tersebut dengan menawarkan hadiah utama sebuah telefon pintar.