Majlis Anugerah Cemerlang ini diadakan sebagai tanda pengiktirafan dari pihak sekolah kepada semua guru dan pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik pada tahun 2014.
Majlis ini telah dirasmikan oleh tetamu kehormat, Pn. Hjh. Halimah bt. Haron, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, JPWP Kuala Lumpur.
Selain dari penyampaian sijil dan cenderamata, majlis juga diserikan dengan persembahan daripada pelajar SMK Desa Petaling.
Kemuncak majlis adalah penyampaian sijil dan cenderamata kepada Pelajar Cemerlang PT3 2014 dan Pelajar Cemerlang SPM 2014.