Pada minggu lepas, SMK Desa Petaling telah menerima pengetua baru, iaitu En. Wong Kum Ming setelah pengetua sebelum ini, En. Kamarul Azman berpindah ke SMK Victoria. Tanggal 27 September 2016 yang lepas, En. Wong Kum Ming telah memulakan tugas beliau secara rasmi sebagai Pengetua SMK Desa Petaling.
Pada hari ini, 4 Oktober 2016, beliau telah mengadakan perjumpaan pertama beliau dengan semua guru SMK Desa Petaling. Sesi yang lebih kepada pengenalan beliau kepada semua barisan pendidik SMK Desa Petaling ini telah berlangsung pada pukul 12:30 tengah hari (sesi petang) dan 1:30 petang (sesi pagi).
Pada perjumpaan ini, beliau telah memberikan sedikit input yang lebih menjurus kepada pencapaian dan harapan beliau ingin capai bersama-sama dengan semua warga SMK Desa Petaling.
Selamat datang diucapkan kepada En. Wong Kum Ming ke dalam keluarga besar SMK Desa Petaling.