Pada 25 Januari 2017, telah diadakan sambutan Tahun Baru Cina peringkat sekolah bagi meraikan warga SMK Desa Petaling yang berbangsa Cina. Sambutan ini disambut oleh semua warga sekolah dengan variasi pakaian tradisional kaum masing-masing.
Sambutan ini telah dimeriahkan dengan tarian singa di samping persembahan daripada pelajar-pelajar SMKDP sendiri.