Majlis untuk meraikan guru-guru SMK Desa Petaling telah diadakan pada 26 Mei 2017 bertempat di Dewan Permai. Acara ini telah diadakan pada dua sesi iaitu pagi dan petang.
Acara sambutan pada sebelah pagi telah dimulakan pada pukul 8 pagi dan tamat menjelang pukul 12 tengah hari, manakala acara sambutan bagi sesi petang pula dimulakan pada pukul 2:30 petang dan tamat pada pukul 6 petang.
Pelbagai acara yang dirancang telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di bawah kendalian sepenuhnya Lembaga Pengawas sekolah.