PROGRAM RIMUP SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

Program ini telah diadakan dengan jayanya pada 22 Januari 2020 bertempat di Dewan Permai, SMK Desa Petaling. Ia diadakan bertujuan untuk meraikan suasana muhibbah Gong Xi Fa Cai dalam komuniti yang berbilang kaum di sekolah ini.

Barisan pentadbir bersama tetamu kehormat.

Program yang menggabungkan seluruh warga sekolah ini telah diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu YB Tuan Fong Kui Lun.

Program ini juga diselitkan dengan majlis perpisahan kepada dua orang bekas guru sekolah ini yang telah berpindah pada awal persekolahan tahun 2020. Mereka ialah Pn. Rosnani bt. Maarof (bekas PK Kokurikum) dan Pn. Sharifah Sofiah bt. Abdul Rahman (guru sesi petang).

Pn. Rosnani bt. Maarof bersama barisan pentadbir.
Pn. Sharifah Sofiah bersama barisan pentadbir.
Updated: 29/01/2020 — 10:08 am