Pada 4 Ogos 2015, warga SMK Desa Petaling dikejutkan dengan bunyi loceng kecemasan. Seluruh warga sekolah bergerak dengan cepat ke tempat berkumpul semasa kecemasan iaitu di padang.
Itu adalah situasi yang diwujudkan sebagai satu latihan dan langkah berjaga-jaga jika berlaku kecemasan kebakaran di sekolah. Program ini diadakan saban tahun sebagai peringatan kepada semua warga sekolah tentang kepentingan langkah-langkah yang perlu diambil semasa berlaku kecemasan.
Selesai perhimpunan kecemasan di padang sekolah, warga sekolah bergerak ke tapak perhimpunan rasmi untuk taklimat kecemasan kebakaran daripada anggota-anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi.
Taklimat ini meliputi rumusan beliau daripada respon warga sekolah jika berlaku kebakaran, tatacara penggunaan pemadam api dan demonstrasi memadam kebakaran.