PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA 2016

Pada 30 Januari 2016 yang lalu, telah diadakan program Gotong-Royong Perdana 2016 peringkat sekolah. Program ini telah disertai oleh seluruh warga sekolah termasuklah dari PIBG sekolah. Kebiasaan program gotong-royong sekolah tertumpu kepada fizikal luaran sekolah seperti taman-taman, kantin, jalan dan lain-lain. Tetapi program kali ini berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Operasi gotong-royong kali ini lebih tertumpu kepada bahagian dalaman seperti kelas-kelas, bilik-bilik khas, pejabat, bilik guru dan lain-lain lagi. Banyak kelas telah melalui proses transformasi besar-besaran seperti dicat semula, pemasangan wallpaper secara menyeluruh, hiasan dalaman dan lain-lain lagi. Senario ini diharap dapat membangkitkan semangat murid-murid untuk belajar.

Di samping itu, sampah-sampah yang boleh dikitar semula telah dikumpul untuk diangkut oleh lori kitar semula.

Tahniah kepada semua warga SMKDP kerana berjaya menukar wajah-wajah kelas dan bilik-bilik khas kepada satu pemandangan yang baru.

GOTONG1

Pemasangan wallpaper oleh murid sendiri.

GOTONG2

Dua oorang murid bersama lakaran seni di dinding kelas mereka.

GOTONG3

Proses penimbangan kertas untuk dikitar semula sambil diperhatikan oleh Pn. Norkhairani.

GOTONG4

Kelas 2A & 3G

GOTONG5

.

GOTONG6

.

Updated: 01/02/2016 — 11:47 pm