Pada 28 – 29 April 2017 yang lepas, telah diadakan Perkhemahan Agung Unit Beruniform 2017 bagi SMK Desa Petaling bertempat di Pusat Kokurikulum Melaka. Program ini merupakan program tahunan sekolah dan mensasarkan semua murid dari semua kontinjen unit beruniform di sekolah.
Pusat Kokurikulum Melaka dipilih atas pelbagai faktor antaranya seperti kemudahan untuk melakukan aktiviti yang lasak dan juga mempunyai persekitaran yang luas. Selain itu juga, setiap jurulatih yang terlibat adalah jurulatih yang mempunyai tauliah dalam aktiviti yang dikendalikan.
Respon daripada murid-murid setelah selesai program ini amatlah positif kerana semua murid dapat mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan dengan jayanya.