PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2020

Peperiksaan yang dijalankan dari 1 – 16 Oktober 2020 ini adalah salah satu persediaan kepada semua calon SPM 2020 sekolah ini. Ia juga bertindak sebagai kayu pengukur untuk mengetahui tahap persediaan calon-calon SPM sekolah ini sebelum menghadapi peperiksaan sebenar kelak.

Peperiksaan yang dijalankan ini mengambil kira situasi sekarang di mana semua pihak masih berjaga-jaga dan mengamalkan S.O.P yang ditetapkan dalam usaha mencegah penularan pandemik COVID-19.

Updated: 05/10/2020 — 10:05 am