Mesyuarat Agung Tahunan setiap unit persatuan, kelab permainan, unit beruniform dan rumah sukan ini telah diadakan pada 18 – 19 Januari 2017. Mesyuarat agung bagi kelab permainan dan unit beruniform telah diadakan pada 18 Januari 2017 manakala mesyuarat agung rumah sukan dan kelab persatuan diadakan pada 19 Januari 2017.
Seperti agenda tahun sebelum ini, mesyuarat ini bertujuan untuk melantik kepimpinan baru di kalangan pelajar untuk menggerakkan unit-unit mereka.