Mesyuarat Agung Tahunan ini diadakan setiap tahun selepas sahaja para pelajar mendaftar unit kokurikulum pilihan mereka. Pada mesyuarat ini, proses pemilihan diadakan bagi membentuk ahli jawatankuasa pelajar yang akan menerajui unit masing-masing bagi tahun 2016.
Mesyuarat ini diadakan selama dua hari iaitu pada 19Januari 2016 bagi rumah sukan dan kelab permainan diikuti pada 20 Januari 2016 bagi persatuan akademik dan unit beruniform.
Berikut beberapa situasi yang dapat dirakam sepanjang mesyuarat ini.