MAJLIS PERPISAHAN PN. ROSEMAND A.LAWRENCE

Majlis ini telah diadakan pada 11 Mac 2016 bagi meraikan insan yang banyak menabur budi dan jasa kepada SMK Desa Petaling. Pn. Rosemand adalah seorang tokoh guru yang telah lama bersama dengan SMK Desa Petaling, iaitu dari tahun 2002 sehinggalah ke tahun 2016.

Selama 14 tahun beliau di SMK Desa Petaling, beliau bermula sebagai guru penolong kemudian memegang portfolio Guru Penolong Kanan HEM sebelum menyandang jawatan Guru Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum.

Jodoh beliau dengan SMK Desa Petaling selama 14 tahun akhirnya ternoktah pada 31 Februari 2016, di mana beliau telah dnaikkan pangkat menjadi Pengetua SMK Cochrane Perkasa.

Walaupun memegang jawatan sebagai seorang pentadbir (GPK Tadbir & Kurikulum), beliau juga mengajar subjek teras iaitu Sains. Keakraban dan kemesraan beliau dengan guru-guru serta murid-murid memang tidak boleh dipertikaikan.

Selamat Maju Jaya Pn. Rosemand dan jumpa lagi

 

.

.

ROSEMAND10

.

ROSEMAND9

.

ROSEMAND8

.

ROSEMAND7

.

ROSEMAND6

.

ROSEMAND5

.

ROSEMAND4

.

ROSEMAND3

.

ROSEMAND2

.

ROSEMAND1

.

.

.

.

.

.

.

Updated: 07/04/2016 — 5:36 pm