Perayaan sambutan Bulan Kemerdekaan melabuhkan tirainya secara rasmi pada 21 September 2016 dengan Majlis Perasmian Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali Ke-59.
Pada hari ini, para pemenang setiap pertandingan yang diadakan sepanjang bulan kemerdekaan menerima hadiah di atas kejayaan mereka. Tetapi, di sebalik penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang, yang paling penting di sini adlah semangat patriotisme yang berjaya dipupuk di kalangan pelajar-pelajar SMK Desa Petaling.
Majlis perasmian penutup ini telah disempurnakan oleh wakil kepada YDP PIBG, iaitu En. Palahhuddin b. Abd Ghani.