Majlis ini telah diadakan pada hari ini, Jumaat 15 Januari 2016 bertempat di Anjung Bicara, SMK Desa Petaling. Matlamat program ini adalah untuk memperkenalkan calon-calon pelajar cemerlang bagi peperiksaan PT3 dan SPM 2016, agar semua pihak yang berkenaan dapat membantu mereka mencapai target mereka kelak.
Majlis ini juga disertai oleh para ibu bapa pelajar sendiri supaya mereka turut menyedari harapan yang diletakkan kepada anak mereka dan seterusnya dapat bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan pelajar ini menghala ke arah target yang telah ditetapkan.
Berikut beberapa gambar yang dapat dikongsikan sepanjang majlis itu berlangsung.