MAJLIS PELANTIKAN KETUA & PENOLONG TINGKATAN SERTA SKUAD HEM 2020

Majlis ini telah diadakan pada 04 Februari 2020 bertempat di Dewan Permai SMK Desa Petaling.

Pada majlis ini, watikah pelantikan telah diserahkan kepada Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan yang telah dilantik. Selain itu, Skuad HEM yang terdiri daripada Skuad PPDa, Skuad 3K dan Skuad Kantin juga menerima watikah pelantikan pada majlis ini.

Semua watikah pelantikan telah disampaikan oleh Puan Pengetua sendiri, iaitu Pn. Aminah bt. Daud.

Updated: 04/02/2020 — 9:15 am