Pada 19 Ogos 2015, telah diadakan majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah. Majlis ini diadakan bagi menyemarakkan semangat untuk meraikan Hari Kemerdekaan negara kita pada 31 Ogos nanti.
Majlis perasmian bagi sesi pagi telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, En. Kamarul Azman b. Md. Arif dan bagi sesi petang pula telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Petang, Pn. Rosni bt. Mohd Yusuff.
Dengan pelancaran ini, maka bermulalah sambutan kemerdekaan di SMK Desa Petaling. Pelbagai program dan pertandingan telah dirancang dan akan dijalankan sehingga hari kemuncaknya iaitu sambutan Hari Kebangsaan nanti.