MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN & AMBANG MERDEKA KE-63

Sambutan tahunan ini telah dilancarkan pada 28 Ogos 2020 dengan suasana norma baharu dalam usaha mencegah penularan pandemik COVID-19.

Uniknya sambutan ini ialah semua warga sekolah berdiri di koridor bangunan sekolah yang mengelilingi tapak perhimpunan rasmi. Seperti biasa, majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan perasmian, gimik perasmian dan nyanyian lagu-lagu patriotik. Kemuncak majlis adalah laungan kemerdekaan oleh seluruh warga sekolah.

Updated: 28/08/2020 — 12:50 pm