Tanggal 9 Julai 2015, telah diadakan Majlis Khatam Al-Qur’an Peringkat Sekolah. Majlis ini adalah kemuncak kepada program Tadarus Al-Qur’an yang telah diadakan sepanjang bulan Ramadhan.
Selepas Majlis Khatam Al-Qur’an, diadakan pula Majlis Penyerahan Duit Raya kepada pelajar-pelajar. Majlis ini bertujuan bagi meringankan beban kepada keluarga pelajar-pelajar berkenaan dalam membuat persiapan Hari Raya.