Majlis ini telah berlangsung pada 06 Oktober 2016, bertempat di Nouvelle Hotel, Seri Kembangan dengan tujuan untuk meraikan semua calon-calon SPM SMK Desa Petaling yang bakal menamatkan sesi persekolahan mereka di sekolah ini.
Majlis ini juga secara tidak langsung adalah untuk menghiburkan calon-calon SPM sebelum mereka kembali fokus kepada tumpuan peperiksaan SPM yang bakal mereka duduki nanti.
Tetamu kehormat Majlis Graduasi pada tahun ini adalah mantan Pengetua SMK Desa Petaling iaitu En. Kamarul Azman b. Md Arif. Tetamu lain adalah Pengetua SMK Desa Petaling, En. Wong Kum Ming dan semua pentadbir.