Pada 2 April 2016 yang lepas, telah diadakan Majlis Anugerah Cemerlang 2016 bagi memberi penghargaan kepada semua murid-murid dan guru-guru yang telah mencapai pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik pada tahun 2015.
Penghargaan utama adalah kepada murid-murid yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PT3 dan peperiksaan SPM pada tahun lepas.
Majlis ini telah diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat yang merupakan wakil kepada Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak dan juga mantan PK1 SMK Desa Petaling, Pn. Rosemand A.Lawrence yang merupakan Pengetua SMK Cochrane Perkasa.