LAWATAN KERJA TOT TS25

SMK Desa Petaling merupakan salah sebuah sekolah yang terpilih dalam Program Sekolah Transformasi Kementerian Pendidikan Malaysia Kohort 2 pada 2017. Bertitik tolak dari inilah, pelbagai perubahan telah berlaku di sekolah ini dari bidang pengurusan kerja pentadbiran sehingga bidang pembelajaran di dalam kelas.

Pada 20 Februari 2020, sekolah ini telah menerima kunjungan Lawatan Kerja TOT TS25 dari Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Rombongan ini terdiri daripada barisan kejurulatihan Sekolah Transformasi dari IAB, IPG, pegawai dari PPW Bangsar Pudu, PPW Sentul, PPW Keramat, SIC+ dan SIP+.

Objektif utama kunjungan ini untuk membuat penilaian status pelaksanaan TS25 di sekolah ini.

Updated: 20/02/2020 — 3:48 pm