Pada 29 Julai 2017 iaitu pada hari Sabtu, telah diadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kali ke-4 bagi tahun 2017 untuk semua guru SMK Desa Petaling.
LDP kali ini berfokus kepada pemerkasaan guru-guru dalam menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang mengikut ketetapan standard dalam SKPMg2.
LDP ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai-pegawai SISC+ dari PPW Bangsar Pudu.