Pada hari Sabtu, 9 April 2016 yang lalu telah diadakan Kursus Kepimpinan Pengawas, Pengawas PSS, Ketua dan Penolong Tingkatan 2016 bertempat di SMK Desa Petaling. Kursus ini diadakan bagi memantapkan lagi jati diri pemimpin-pemimpin murid ini dalam menjalankan tugas mereka.