Kursus ini telah diadakan pada 04 Februari 2017 bertempat di SMK Desa Petaling dengan objektif memberi latihan kepimpinan kepada semua AJK Tertinggi Kelab Persatuan, Kelab Permainan, Unit Beruniform dan Rumah Sukan.
Pelajar yang terlibat adalah dari kalangan mereka yang menjawat jawatan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari setiap unit kokurikulum di sekolah ini.
Diharapkan setelah selesai kursus ini, mereka dapar membantu guru penasihat masing-masing dalam menggerakkan aktiviti unit mereka bagi tahun 2017.