Pada sesi persekolahan sebelah petang, 11 November 2016 bertempat di Surau Al-Falah, SMK Desa Petaling, telah diadakan Kursus Asas Pengurusan Jenazah. Program ini merupakan salah satu program yang dirancang di bawah Program Pasca Peperiksaan AKhir Tahun 2016.
Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan asas kepada pelajar muslim, baik lelaki atau perempuan tentang pengetahuan dan kemahiran asas dalam menguruskan jenazah.
Tetamu yang dijemput untuk memberikan kurusu ini adalah Ustaz Tuan Haji Wan Isa. Beliau juga merupakan AJK PIBG bagi sekolah ini.