KEM MOTIVASI IMAN

Kem ini telah diadakan pada 13 Februari 2020 bertempat di SMK Desa Petaling. Ia merupakan program anjuran Jabatan Dakwah dan Jabatan Qur’an dan Sunnah, Kolej Universiti Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) dengan kerjasama SMK Desa Petaling.

Program yang bermatlamatkan pengukuhan jati diri dan iman dalam akidah dan isu semasa ini melibatkan semua murid Islam Tingkatan 5 sekolah ini.

Majlis perasmian kem ini telah dilakukan sendiri oleh tetamu kehormat iaitu Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Dr. Asmadi bin abdul Rahman. Kem ini juga telah dihadiri oleh Pensyarah Kanan KUIPSAS iaitu Ustazah Safiah binti Abdul Razak, barisan fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi KUIPSAS serta barisan guru SMK Desa Petaling.

Updated: 14/02/2020 — 10:54 am