KEJOHANAN OLAHRAGA 2018

Acara kemuncak kepada acara saringan yang telah berlangsung sebelum ini telah diadakan ada 4 Mei 2018 bertempat di padang SMK Desa Petaling. Acara yang dipertandingkan pada hari ini melengkapkan pungutan mata bagi kedudukan rumah sukan terbaik secara keseluruhan.

Pada hari ini, diadakan acara 80 meter (AKHIR) dan 4 x 100 meter (AKHIR) bagi semua kategori, acara tarik tali, acara pendidikan khas dan juga acara pegawai iaitu 5 x 50 meter.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YDP PIBG iaitu Pn. Hajjah Zaimah dan hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh YDP PIBG dan Pengetua sekolah.

Updated: 18/05/2018 — 4:30 pm