KEJOHANAN MERENTAS DESA 2020

Kejohanan tahunan ini telah selesai diadakan pada 21 Februari 2020. Seperti tahun lepas,laluan untuk acara ini bermula dari sekolah,melalui kawasan perumahan flat, seterusnya menuju ke Kg. Malaysia dan patah balik semula ke sekolah.

Untuk tujuan keselamatan di sepanjang laluan ini, pihak sekolah mendapat kerjasama dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk mengawal lalu lintas.

Pada majlis penutup dan penyampaian hadiah, semua medal kemenangan telah diserahkan oleh Puan Pengetua dan barisan Penolong Kanan.

Keputusan keseluruhannya, rumah Mat Kilau mengekalkan kejuaraannya dari edisi yang lalu.

Updated: 21/02/2020 — 7:30 pm