Pada 10 Februari 2017 telah diadakan Kejohanan Merentas Desa 2017 peringkat sekolah. Kejohanan ini merupakan pembuka tirai tahun 2017 bagi acara pertandingan sukan di sekolah ini.
Laluan kejohanan ini adalah seperti tahun sebelum ini iaitu bermula di sekolah, melalui jalan Desa Petaling, menuju ke Kg. Malaysia dan kembali ke sekolah.
Para peserta telah dilepaskan sekitar jam 8:30 pagi dan pelari pertama telah sampai ke garisan penamat pada pukul 9:15 pagi.
Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh tetamu kehormat yang diundang khas.