Pada 20 – 21 Februari 2017, telah berlangsung Kejohanan Bola Tampar MSS Zon Bangsar 2017 bertempat di JKR, Kuala Lumpur. SMK Desa Petaling telah menghantar dua pasukan lelaki iaitu Bawah 15 Tahun dan Bawah 18 Tahun.
Pasukan SMKDP telah mencatat kejayaan bagi kategori Lelaki Bawah 15 Tahun dimana muncul Naib Johan Kejohanan. Lebih manis lagi dua pelajar sekolah ini meraih anugerah individu iaitu Latifharizan ( Best Receiver ) dan Abdul Salam ( Best Blocker ).