Acara kemuncak sukan olahraga SMK Desa Petaling ini telah selamat diadakan pada 5 Mei 2017 bertempat di padang sekolah. Penutup kepada Sukantara dan acara saringan ini berjaya dijalankan walaupun menghadapi cuaca yang tidak menentu.
Pembuka tirainya adalah perbarisan masuk kontinjen rumah sukan dan juga unit beruniform sebelum diadakan upacara menaikkan bendera kejohanan dan bacaan ikrar.
Selepas acara akhir bagi 80m dan 4x100m bagi semua kategori dijalankan,acara tarik tali diadakan antara rumah sukan.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Naib YDP PIBG dan juga Pengetua sendiri.