HARI SUKAN NEGARA

SUKANEGARA1

Simbolik Pelancaran Hari Sukan Negara

Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.

.

.

SMK Desa Petaling juga tidak ketinggalan dalam menyatakan sokongan yang padu kepada inisiatif kerajaan ini. Pada 10 Oktober yang lalu, telah diadakan pelancaran Hari Sukan Negara peringkat sekolah di mana seluruh warga sekolah turun untuk melibatkan diri dalam acara ini.

Permainan bola keranjang (P)

Permainan bola keranjang (P)

Pelbagai acara telah dirancang bagi memeriahkan lagi acara Hari Sukan Negara ini. Selesai sahaja upacara perasmian oleh Tuan Pengetua, maka berlangsung pertandingan di kalangan pelajar-pelajar. Antaranya Futsal (Lelaki & Perempuan), Sepak Takraw, Pingpong (Lelaki & Perempuan), Bola Tampar (Lelaki & Perempuan), Bola Keranjang, dan Bola Jaring.

Permainan futsal (P)

Permainan futsal (P)

Hadiah disampaikan kepada pemenang pada majlis penutup. Lebih menyerikan lagi Hari Sukan Negara ini ialah cabutan bertuah untuk guru – guru dan para pelajar di mana hadiah utama adalah 10 buah basikal dan 10 hamper yang disumbangkan oleh Kementerian Belia & Sukan Cawangan Seputeh.

Bola jaring

Bola jaring

Sepak takraw

Sepak takraw

Updated: 01/11/2015 — 10:46 am