HARI PERTAMA PEMBUKAAN SEMULA SESI PERSEKOLAHAN

Sesi persekolahan yang dibuka semula pada hari ini, Rabu (24 Jun 2020) berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan, murid yang datang pada hari ini adalah mereka yang akan menduduki peperiksaan awam.

Dan di sekolah ini, mereka yang terlibat adalah murid Tingkatan 5. Masing-masing telah diberi penerangan ringkas dalam aplikasi Whatsapp mengikut kelas masing-masing.

Murid-murid yang datang terus diambil bacaan suhu dan mencatat kehadiran di dewan sebelum terus bergerak ke kelas masing-masing.

Pada waktu rehat, murid akan membeli makanan yang telah siap dibungkus dan mereka terus bergerak makan di meja masing-masing di kelas sambil dipantau oleh guru bertugas.

Updated: 24/06/2020 — 1:01 pm