Pendaftaran kokurikulum pelajar telah diadakan pada 11 Januari 2017, bertempat di Dewan Seri Bayu. Ia selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia yang mewajibkan setiap pelajar menceburi satu persatuan/kelab akademik, satu kelab sukan permainan dan satu unit beruniform.
Pada hari ini, pelajar diberi kebebasan untuk memilih persatuan, kelab atau unit beruniform yang mereka berminat.