HARI KEUSAHAWANAN

Pada 16 April 2016, telah diadakan Hari Keusahawanan bertempat di sekitar kantin sekolah. Program ini merupakan program tahunan sekolah yang melibatkan semua warga sekolah. Program ini bertujuan untuk melatih murid-murid menceburi bidang perniagaan dengan dibantu oleh guru-guru.

Pelbagai gerai telah dibuka iaitu gerai makanan, minuman, permainan, cenderamata dan juga pameran. Hasil kutipan dari program ini akan dimasukkan ke dalam tabung sekolah bagi tujuan penyelenggaraan, penambahbaikan infrastruktur sekolah ini.

Updated: 20/04/2016 — 3:17 pm