Pada 26 Oktober 2016, majlis empat dalam satu ini berlangsung bertempat di Dewan Permai SMK Desa Petaling. Majlis ini telah diadakan pada sebelah pagi untuk sesi pagi dan pada sebelah petang untuk sesi petang.
Tetamu kehormat bagi majlis ini ialah wakil kepada YDP PIBG, iaitu Tuan haji Palahuddin merangkap Naib YDP PIBG.
Pada majlis ini, pencapaian murid dalam bidang Kokurikulum diberikan pengiktirafan pada sesi Anugerah Kokurikulum, pencapaian murid dalam bidang HEM diberikan pengiktirafan pada sesi Anugerah Citra HEM, penglibatan murid sepanjang bulan bahasa diberikan pengiktirafan pada sesi Majlis Penutupan Bulan Bahasa dan pencapaian murid serta pengiktirafan profesionalisme guru diberikan penghargaan pada sesi Majlis Hari Q dan Integriti.