Pada 6 November yang lalu, telah diadakan Majlis Hari Anugerah Kokurikulum 2015 bertempat di Dewan Terbuka SMK Desa Petaling. Majlis ini bertujuan untuk memberikan penghargaan dan meraikan guru-guru dan pelajar yang telah banyak mengharumkan nama sekolah dalam bidang kokurikulum.
Tetamu kehormat majlis ini ialah Tuan Pengetua, YDP PIBG sekolah, Pegawai Perhubungan Polis Balai Salak Selatan Baru, wakil dari Cure and Care Sungai Besi dan wakil dari DBKL.
Pada hari ini juga telah dilancarkan Sudut Ulat Buku SMKDP yang telah dirancang oleh pihak Pusat Sumber Sekolah.
Laman web rasmi sekolah ini juga telah dilancarkan secara rasmi kepada umum pada penghujung majlis anugerah ini.