Hari Anugerah Citra HEM 2015 ini diadakan bagi menmberi penghargaan kepada semua warga sekolah yang telah menyumbang tenaga dan idea dalam menggerakkan Unit Hal Ehwal Murid di sekolah ini.
Anugerah Citra HEM 2015 ini telah diadakan pada 27 Oktober 2015 di mana telah disempurnakan oleh Pn. Nor Rainah bt. Talib merangkap Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Desa Petaling.
Antara penghargaan yang diberikan pada hari itu ialah penghargaan kepada Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan, Buku Jadual Kedatangan Murid Terbaik, Kelas Terbaik Sepanjang Tahun dan lain – lain lagi.