CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR-RASUL

Bersempena dengan peristiwa bersejarah bagi umat Islam, pihak Panitia Pendidikan Islam SMK Desa Petaling telah menganjurkan ceramah sempena Maulidur- Rasul peringkat sekolah.

Rentetan dari penularan pandemik COVID-19 yang masih belum reda dan disusuli pula dengan penutupan sekolah, pihak sekolah telah mengambil inisiatif menganjurkan ceramah ini secara atas talian di mana masing-masing masih dapat mengikuti ceramah ini di kediaman masing-masing.

Ceramah ini telah diadakan pada 30 Oktober 2020 di atas talian melalui platform Google Meet. Ceramah ini dibuka secara umum kepada semua warga sekolah dan semua ibu bapa.Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat menggalakkna di mana jumlah yang menyertai mencecah had maksimum penyertaan sesi Google Meet yang ditetapkan oleh Google.

Updated: 04/11/2020 — 10:37 pm