Lambaian Kasih, Sanjungan Budi-Majlis khas yang diadakan pada 11 November 2016, sebagai simbolik rasmi ucapan perpisahan dari warga SMK Desa Petaling kepada En. Kamarul Azman b. Md, Arif, mantan Pengetua SMK Desa Petaling.
Majlis bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 12:30 tengah hari. Antara yang menyampaikan ucapan perpisahan ialah En.Selvakumar a/l Arumugam, selaku wakil dari pentadbir sekolah, saudara Mohd Izzat selaku wakil dan tidak lupa juga ucapan dari wakil PIBG.
Majlis ini juga turut memberikan lambaian perpisahan kepada Pn. Norzalena binti Shaiful Bahrin, staff bukan akademik yang bakal berpindah ke tempat baru. Beliau merupakan staff bukan akademik yang paling lama berkhidmat di sekolah ini iaitu selama 12 tahun.