LAMAN RASMI SMK DESA PETALING

Sederap Menuju Kecemerlangan Dunia Pendidikan

PERKHEMAHAN AGUNG UNIT BERUNIFORM 2017

Pada 28 – 29 April 2017 yang lepas, telah diadakan Perkhemahan Agung Unit Beruniform 2017 bagi SMK Desa Petaling bertempat di Pusat Kokurikulum Melaka. Program ini merupakan program tahunan sekolah dan mensasarkan semua murid dari semua kontinjen unit beruniform di sekolah.

CAMPING3

Slot yang dikendalikan oleh jurulatih Pusat Kokurikulum Melaka.

Pusat Kokurikulum Melaka dipilih atas pelbagai faktor antaranya seperti kemudahan untuk melakukan aktiviti yang lasak dan juga mempunyai persekitaran yang luas. Selain itu juga, setiap jurulatih yang terlibat adalah jurulatih yang mempunyai tauliah dalam aktiviti yang dikendalikan.

CAMPING1

Aktiviti Repelling.

CAMPING2

Aktiviti Obstacles.

Respon daripada murid-murid setelah selesai program ini amatlah positif kerana semua murid dapat mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan dengan jayanya.

CAMPING4

Selepas aktiviti kraf perkhemahan.

Updated: May 3, 2017 — 11:48 am
SMK DESA PETALING © 2015 Frontier Theme