Acara tahunan ini telah diadakan pada 7 Jun 2018 bertempat di SMK Desa Petaling. Program memasak bubur lambuk telah diadakan di persekitaran surau, manakala ceramah Ihya Ramadhan diadakan di Dewan Terbuka (sesi pagi) dan di surau (sesi petang). Selesai ceramah Ihya Ramadhan, murid mengambil bubur lambuk yang diedarkan sendiri oleh Puan Pengetua.
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KOMUNITI
Majlis ini telah diadakan pada 6 Jun 2018 bertempat di Masjid Al-Khasyiin, Desa Petaling dengan kerjasama antara pihak sekolah dan juga jawatankuasa masjid. Majlis bermula seawal 6:00 petang dengan pendaftaran, disusuli dengan tazkirah sehingga pukul 7:00 petang. Kemudian, semua hadirin yang terdiri daripada jemaah masjid, ibu bapa, guru dan murid-murid mengambil tempat untuk berbuka. Selepas […]
SAMBUTAN HARI GURU 2018
KEJOHANAN OLAHRAGA 2018
Acara kemuncak kepada acara saringan yang telah berlangsung sebelum ini telah diadakan ada 4 Mei 2018 bertempat di padang SMK Desa Petaling. Acara yang dipertandingkan pada hari ini melengkapkan pungutan mata bagi kedudukan rumah sukan terbaik secara keseluruhan. Pada hari ini, diadakan acara 80 meter (AKHIR) dan 4 x 100 meter (AKHIR) bagi semua kategori, […]