LAMAN RASMI SMK DESA PETALING

Sederap Menuju Kecemerlangan Dunia Pendidikan

MAJLIS PERPISAHAN EN. WONG KUM MING

Pada 28 Februari 2018, telah diadakan Majlis Perpisahan untuk mantan Pengetua SMK Desa Petaling, En. Wong Kum Ming yang telah bertukar tempat perkhidmatan dari sekolah ini ke SMK Confucion.

Majlis ini telah diserikan lagi dengan kehadiran YDP PIBG iaitu Pn. Hajjah Zaimah serta AJK PIBG yang lain.

Hampir dua tahun En. Wong Kum Ming di SMK Desa Petaling, pelbagai pembaharuan yang telah beliau lakukan. Antaranya, menaik taraf sistem clock in berasaskan punch card kepada sistem palm reader, menyediakan internet berkelajuan tinggi yang hampir meliputi seluruh kawasan sekolah, projektor LCD dan skrin projektor di dalam kelas, kerusi dan meja makan murid di kantin dan lain-lain lagi.

Updated: March 1, 2018 — 2:49 pm
SMK DESA PETALING © 2015 Frontier Theme