LAMAN RASMI SMK DESA PETALING

Sederap Menuju Kecemerlangan Dunia Pendidikan

MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KALI KE-60

Sambutan bulan kemerdekaan pada tahun 2017 di SMK Desa Petaling berakhir dengan majlis penutupnya yang telah diadakan pada 15 September 2017. Majlis ini telah diadakan pada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.

Untuk sesi pagi, majlis penutupannya telah disempurnakan oleh tetamu kehormat iaitu En. Nor Azman Salehuddin, Naib Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak. Manakala untuk sesi petang, majlis penutupannya telah disempurnakan oleh Tuan pengetua sendiri.

Pada majlis ini, murid yang menang dalam pertandingan-pertandingan yang diadakan sepanjang bulan kemerdekaan ini mendapat hadiah masing-masing yang telah disampaikan oleh tetamu kehormat.

Updated: September 15, 2017 — 5:39 pm
SMK DESA PETALING © 2015 Frontier Theme