LAMAN RASMI SMK DESA PETALING

Sederap Menuju Kecemerlangan Dunia Pendidikan

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KOMUNITI

Majlis ini telah diadakan pada 6 Jun 2018  bertempat di Masjid Al-Khasyiin, Desa Petaling dengan kerjasama antara pihak sekolah dan juga jawatankuasa masjid.

Majlis bermula seawal 6:00 petang dengan pendaftaran, disusuli dengan tazkirah sehingga pukul 7:00 petang. Kemudian, semua hadirin yang terdiri daripada jemaah masjid, ibu bapa, guru dan murid-murid mengambil tempat untuk berbuka.

Selepas itu, semua hadirin menunaikan solat Maghrib secara berjemaah dan seterusnya menikmati juadah berbuka puasa.

Majlis diteruskan dengan solat Isyak dan solat Tarawih secara berjemaah dan diakhiri dengan tahlil.

Updated: June 8, 2018 — 11:55 am
SMK DESA PETALING © 2015 Frontier Theme