Majlis ini diadakan pada 14 April 2018, iaitu selepas program Gotong-Royong Perdana. Ia telah diserikan lagi dengan kehadiran Datuk Chiew Yin Keen, Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras.
Pada majlis ini, guru – guru dan murid – murid yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik pada tahun 2017 diraikan dan diberi penghargaan terutamanya mereka yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2017.