LAMAN RASMI SMK DESA PETALING

Sederap Menuju Kecemerlangan Dunia Pendidikan

LAWATAN PENANDA ARAS PROGRAM SEKOLAH TRANSFORMASI KE SMK CONVENT JALAN PEEL

Pada tahun 2017, SMK Desa Petaling telah dipilih bersama empat buah lagi sekolah lain di PPW Bangsar sebagai Sekolah Transformasi. Sekolah Transformasi merupakan satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui pembelajaran yang menyeronokkan, penglibatan pembelajaran murid yang aktif dan bermakna.

Ucapan Pengetua SMK Convent Jalan Peel

Ucapan Pengetua SMK Convent Jalan Peel

Program ini akan disokong dengan kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan, guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi serta komitmen komuniti yang padu. Pelaksanaan program ini turut melibatkan Rakan ELIT daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Institut Aminudin Baki (lAB), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran sekolah yang terlibat.

Ucapan Pengetua SMK Desa Petaling

Ucapan Pengetua SMK Desa Petaling

Taklimat Sekolah Transformasi

Taklimat Sekolah Transformasi

SMK Desa Petaling telah mengorak langkah pertama untuk menjadi sebagai salah satu Sekolah Transformasi dengan mengadakan kunjungan ilmiah ke SMK Convent Jalan Peel pada 14 Mac 2017 untuk melihat secara face to face cara pelaksanaan program Sekolah Transformasi.

BATCHMARKTRANSFORMASI5

Lawatan PdPc ke kelas-kelas.

BATCHMARKTRANSFORMASI6

Lawatan PdPc ke kelas-kelas.

Lawatan PdPc ke kelas-kelas

Lawatan PdPc ke kelas-kelas.

 

Updated: March 14, 2017 — 5:37 pm
SMK DESA PETALING © 2015 Frontier Theme