LAMAN RASMI SMK DESA PETALING

Sederap Menuju Kecemerlangan Dunia Pendidikan

Info

KEMAHIRAN ABAD KE-21 KPM

Di Malaysia, Kementerian telah mengenalpasti kemahiran abad ke-21 yang sesuai dengan konteks tempatan dan dapat menyediakan warga Malaysia untuk bersaing pada peringkat antarabangsa. Untuk itu, kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersemnagat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan.

PELAKSANAAN KELAS ABAD KE-21

Perintis kepada program Kelas Abad ke-21 ini telah dimulakan oleh JPN Johor pada 2014. Daripada inisiatif yang telah dimulakan oleh JPN Johor ini, KPM mewujudkan satu projek khas bersama dengan IAB dan HAY Group tentang pelaksanaan Pengurusan Bilik Darjah Kelas Abad-21.

KELAS ABAD KE-21 SMK DESA PETALING

Pada tahun 2016, SMK Desa Petaling menyahut seruan KPM dalam melaksanakan Program Kelas Abad Ke-21 ini, di mana sebahagian kelas telah dipilih untuk mengikuti gaya pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.

Kelas-kelas tersebut ialah 1 Kristal, 2 Kristal, 3 Kristal, 4 Sains 1 dan 5 Sains 1. Kesemua kelas ini ditempatkan di kelas khas di mana ia telah dilengkapi dengan peralatan-peralatan yang sesuai bagi proses PdP Abad ke-21.

 

 

SMK DESA PETALING © 2015 Frontier Theme