LAMAN RASMI SMK DESA PETALING

Sederap Menuju Kecemerlangan Dunia Pendidikan

HARI SUKAN NEGARA 2017

Hari Sukan Negara 2017 telah dilangsungkan pada hari Jumaat, iaitu 13 Oktober 2017 bertempat di SMK Desa Petaling. Mengikut kalendar umum, Hari Sukan Negara 2017 akan disambut secara besar-besaran pada 14 Oktober 2017, tetapi atas sebab kekangan beberapa perkara, sekolah mengambil inisiatif untuk menyambutnya pada 13 Oktober 2017.

Pelbagai pertandingan telah dijalankan pada Hari Sukan Negara ini, antaranya futsal (lelaki dan perempuan), bola tampar (lelaki dan perempuan), bola jaring (perempuan sahaja) dan sepak takraw (lelaki sahaja).

Acara untuk tetamu kehormat pula adalah acara petanque yang dikendalikan oleh Unit PPKIBP SMK Desa Petaling.

Updated: October 24, 2017 — 5:43 pm
SMK DESA PETALING © 2015 Frontier Theme